03 May 2011


Apa yang menyebabkan jerawat? Anda ingat apa yang orang biasa beritahu anda? Mungkin sesuatu tentang sebum yang berlebihan, liang-liang tersekat atau jangkitan bakteria.
Itu penjelasan buku teks standard. Adakah anda pernah tertanya mengapa perkara ini berlaku? Mengapa kulit anda menghasilkan sebum terlalu banyak? Mengapa liang-liang dikulit anda tersekat?
Pernah anda bertanya soalan ini?
Kebanyakkan mangsa jerawat tidak tahu. Mari kita jelajah dibawah kulit anda dan lihat samaada kita temui jawapannya.
Mari kita lihat dengan lebih dekat apa yang menyebabkan jerawat?





Seperti yang anda dapat lihat jerawat adalah disebabkan oleh dua ‘kejahatan’.
1- Masalah gula dalam darah (kerana rintangan insulin)


2- Sensitif kepada keradangan yang kronik.
Saya gelar mereka sebagai Enjin Jerawat kerana mereka mengepam hormon ke dalam darah anda yang membawa kepada:
* pengeluaran sebum yang berlebihan


* meningkatkan perkembangan sel kulit, ini bermakna mereka menggalakkan terjadinya sel kulit yang mati dengan lebih cepat dan pertumbuhan sel-sel baru (bunyinya macam bagus tetapi tidak kerana ia membawa kepada penuaan pramatang kulit)


* sel kulit yang mati akan melekat bersama dan bukannya terpisah menjadi sel individu


* pertumbuhan yang terlalu cepat bakteria jerawat kerana sistem imun yang lemah


* Bengkak kerana pori-pori kulit tersekat


* keradangan dan rintanga insulin seiring. Mereka mewujudkan ‘kitaran ganas’ kerana mereka memberi makan antara satu sama lain. Rintangan insulin meningkatkan keradangan yang membawa kepada rintangan insulin yang lebih banyak.
Jika anda mahu menghentikan kitaran ini anda perlulah memperbetulkan diet anda, gaya hidup, kebersihan diri dan mengambil vitamin yang bersesuaian. Perkara ini akan saya bincangkan dalam post saya yang akan datang.


Tagged: , , ,

0 comments:

Post a Comment