19 September 2011



Ya, alahan pada sesetengah makanan boleh memberi kesan kepada jerawat. Ianya tidak akan menyebabkan jerawat tetapi boleh memburukkan lagi masalah jerawat anda. 
Dalam post saya yang bertajuk Punca Jerawat saya ada menerangkan yang jerawat adalah hasil dari rintangan insulin yang kronik dan low-intensity inflammation. Jika anda belum membacanya saya harap anda dapat membacanya.


Bengkak adalah respon dari sistem imun. Alahan makanan mengaktifkan sistem imun dan meningkatkan bengkak. Ini juga berlaku kepada mereka yang ada masalah food intolerances. Ini semua akan menyebabkan sistem imun bertindak dengan lebih cepat. Kebanyakkan orang tidak sedar alahan makanan yang mereka alami kerana ianya tidak menunjukkan sebarang simptom.
Anda akan mendapat simptom alahan makanan apabila makanan yang anda makan tidak dapat dihadamkan dengan sempurna dan zarah-zarah makanan akan meresap ke dalam aliran darah. Badan anda tidak dapat mengenali zarah-zarah ini sebagai makanan dan dikategorikan sebagai 'penjahat' (sebagaimana virus dan bakteria). Sistem imun akan menyerang dan ini meningkatkan bengkak. 
Bila anda memakan makanan yang anda alah kepadanya maka sistem imun anda akan aktif dan ini akan meningkatkan tahap hormon kebengkakkan melepasi kulit muka anda. Bagi individu yang sering dilanda jerawat ini akan lagi memburukkan keadaan.
Sebagai individu yang menjadi mangsa jerawat anda seharusnya mengelakkan makanan yang anda alah. Ini akan membantu mempercepatkan kadar sembuh jerawat anda. 


Bagaimana anda tahu makanan yang anda alah?

Soalan yang bagus. Disini ada beberapa cadangan:

- Elakkan makan makanan yang biasa menyebabkan alahan
- Lakukan ujian nadi
- Lakukan ujian alahan makanan

Makan yang biasa menyebabkan alahan:


·         Telur
·         Kacang
·         Makanan laut
·         Kerang-kerangan
·         Soya 
·         Gandum

Dari sudut fisiologi semua manusia alah kepada sekurang-kurangnya susu dan gandum. Kita tidak mempunyai enzim yang dapat menghadamkan dengan sempurna susu dan gandum. Oleh itu, samada anda telah di diagnosiskan ada alahan ataupun tidak, anda sensitif pada makanan tadi. Itu hanyalah pandangan dari sudut fisiologi.

Tagged: , , ,

0 comments:

Post a Comment