09 November 2011


Jerawat adalah satu ancaman. Walau bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang tidak boleh ditangani. Terdapat banyak produk penjagaan kulit jerawat dipasaran. Kita boleh mengelaskan produk penjagaan kulit jerawat kepada 3 kategori yang luas -


* Pencegahan atau umum
* Over-the-counter atau khusus
* Preskripsi

Jerawat adalah satu ancaman. Walau bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang tidak boleh ditangani. Terdapat banyak produk penjagaan kulit jerawat dipasaran. Kita boleh mengelaskan produk penjagaan kulit jerawat kepada 3 kategori yang luas -

* Pencegahan atau umum 
* Over-the-counter atau khusus 
* Preskripsi

Produk penjagaan kulit untuk jerawat yang umum biasanya digunakan sebagai langkah untuk pencegahan. Ini termasuk pembersih, pembuang make -up dan mana-mana produk yang seumpama dengannya. Dalam erti kata sebenar produk penjagaan kulit untuk jerawat haruslah dijadikan sebagai rutin harian anda. Walau bagaimanapun sebahagian dari produk ini bertindak terhadap sebab-sebab jerawat, contohnya menghadkan pengeluaran sebum/minyak dan mengelakkan liang-liang kulit tersumbat. Pada asasnya, produk penjagaan kulit untuk jerawat menghalang minyak daripada terperangkap di liang-liang kulit dan seterusnya menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat. Produk penjagaan kulit untuk jerawat yang umum termasuklah produk pengelupasan kulit yang membuang sel-sel kulit mati dan mengurangkan kemungkinan liang tersumbat dan pembiakan bakteria.
Kemudian terdapat produk penjagaan kulit untuk jerawat yang khusus boleh didapati dikaunter iaitu tanpa perlu perskripsi. Ini termasuklah produk seperti vanishing creams yang mengekstrak minyak tambahan daripada kulit. Kebanyakkan produk ini adalah berdasarkan benzoyl peroksida dan asid salisilik, kedua-duanya adalah musuh bakteria. Anda harus bermula dengan produkyang mempunyai kepekatan benzoyl peroksida yang lebih rendah (contohnya 5%) dan melihat bagaimana kesannya terhadap kulit anda. Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis dan kemudian buatlah pilihan yang mana sesuai untuk kulit anda. 
Produk penjagaan kulit untuk jerawat yang perlukan perskripsi oleh pakar dermotologi termasuklah salap yang boleh digunakan dikawasan yang terjejas atau atau penggunaan antibiotik atau rawatan topikal. Dermmatologi juga boleh mencadangkan satu prosedur pembedahan kecil untuk membuang kandungan bisul. Walau bagaimanapun jangan cuba untuk memicit atau melakukannya sendiri, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal atau parut pada kulit anda. Doktor anda juga boleh menetapkan rawatan berasaskan hormon (kerana perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat). Produk penjagaan kulit khusus untuk jerawat diketahui sangat berkesan dalam beberapa kes.
Jadi dengan adanya produk penjagaan kulit untuk jerawat menangani jerawat tidaklah sukar. Anda cuma perlu membuat pilihan yang bijak.

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment