12 November 2011

Jerawat ditakrifkan sebagai keadaan kulit yang berpenyakit yang melibatkan kelenjar minyak. Ianya termasuklah black/white heads, reddishness dan sista. Jerawat pada muka anda boleh mencacatkan penampilan anda dan jerawat pada badan akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Orang biasanya menganggap jerawat sebagai satu masalah kecil dan sering cenderung mengabaikan penjagaan kulit. Namun demikian kepentingan penjagaan kulit tidak boleh diabaikan dalam apa cara jua pun.

Penjagaan kulit harus bermula jauh sebelum jerawat timbul. Penjagaan kulit lebih kepada tentang menjadi proaktif dan reaktif. Penjagaan kulit adalah lebih kepada kaedah untuk mencegah yang semestinya menjadi rutin harian dengan disiplin yang lengkap. Mari kita lihat bagaimana ianya dilakukan.
Ianya bermula dari perkara yang paling asas iaitu kebersihan. Jadi mandi pada waktu pagi adalah cara yang paling asas untuk menjaga kebersihan kulit. Malah ramai yang mandi pada waktu malam juga yang bukan saja membantu dalam kebersihan kulit tetapi juga membuat badan anda relaks dan meransang tidur yang nyenyak. Jika anda tinggal ditempat yang panas dan lembap, mandi malam amatlah disyorkan. Malah ianya juga disyorkan selepas melakukan apa-apa jua aktiviti yang menyebabkan peluh keluar dengan banyak. Ia adalah teknik penjagaan kulit yang amat berkesan.
Walau bagaimanapun penjagaan kulit tidaklah hanya tertumpu kepada mandian saja. Ianya harus disusuli dengan memakai pakaian yang bersih dan tidur diatas bantal yang bersih. Selain dari itu pakaian yang ketat akan menyebabkan peluh terjadi dengan cepat, pakaian kapas yang lembut dan selesa adalah disyorkan, lebih-lebih lagi jika anda sudah mempunyai jerawat. Dalam erti kata lain penjagaan kulit termasuklah pembersihan secara tetap apa-apa saja barang yang anda gunakan yang berkaitan dengan kulit anda - contohnya berus make-up anda.
Selain dari itu juga anda perlu gunakan pembersih muka yang lembut, bebas minyak dan soap-free untuk menjaga kebersihan muka, leher dan lengan. Pembersihan adalah bahagian yang paling penting dalam mana-mana rutin penjagaan kulit untuk mengelakkan jerawat. Ianya juga cara yang paling senang dan berkesan untuk menaggalkan kotoran, gris, pencemaran dan lebihan minyak dari kulit anda sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya jerawat. Rutin ini termasuklah membersihkan make-up anda menggunakan make-up remover dan ianya harus dilakukan sebelum anda masuk tidur.
Sekiranya anda sudah ada jerawat, jangan cuba untuk memicit atau menyentuhnya. Ia boleh membawa kepada parut yang kekal. Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan pembersih yang lembut dan membersihkan kawasan yang terjejas dengan menggunakan ubat over-the-counter dan pad kapas yang bersih dan lembut. Terdapat berbagai jenis ubat rawatan jerawat yang anda boleh beli dikaunter farmasi (banyak produk rawatan jerawat ini sebenarnya adalah pembersih). Walau bagaimanapun jika rutin penjagaan kulit anda tidak memberikan hasil seperti yang anda harapkan, sila berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang bersesuaian.

Tagged:

0 comments:

Post a Comment