Anda perlukan satu plan pemakanan yang sihat penuh dengan makanan semulajadi seperti sayuran, buahan, gandum penuh dan kopi (terperanjat?) adalah langkah pertama dalam menangani jerawat. Makanan yang mengandungi asid lemak trans, contohnya makanan tenusu, lelemak majerin, sintetik hidrogenasi lemak sayuran HARUSLAH dielakkan.
Orang Malaysia cenderung makan makanan yang berminyak dan berlemak dalam kuantiti yang besar, biasanya lemak yang dibakar atau dipanggang adalah amat bahaya untuk badan. Bukannya semua lemak tidak baik, tetapi lemak yang dimakan oleh orang Malaysia cenderung untuk menumbuhkan jerawat dan masalah epidermis (kulit luar) seperti apa yang ada dalam ais krim, keju dll.
Jerawat sebenarnya tidak boleh dirawat dengan hanya menggunakan krim dan pembersih (cleanser) kerana puncanya terletak dibawah epidermis. Jerawat serta parut akibat bakteria dan bahan perengsa lain yang tertanam dibawahnya kelenjar minyak dan folikul kulit rambut, yang pada amnya tercetus kerana kurang perhatian terhadap kebersihan kulit muka dan pelan pemakanan yang teruk. Seperti terlalu banyak makan makanan yang diproses, terlalu manis dan tidak sihat.
Pelan pemakanan untuk kulit yang sihat mengutamakan makanan sayuran segar mentah atau separuh masak terutamanya yang mengandungi mineral dan serat. Buahan dan sayuran adalah penting. Juga perlu ada protin dan karbohidrat kompleks seperti beras, roti gandum dan kentang. Hidangan seperti ini kaya dengan serat untuk memastikan saluran usus anda bersih, amat penting untuk menghindarkan jerawat. Makan 3 hidangan sihat setiap hari untuk membekalkan khasiat penting dan mengurangkan selera anda untuk makan makanan yang manis dan yang berlemak.
Makanan yang penuh dengan vitamin A seperti aprikot, tembikai dan brokoli serta makanan seperti daging lembu buang lemak, kekacang, kopi dan gandum yang penuh dengan zink boleh membantu dalam mengurangkan jerawat. Juga banyakkan meminum air untuk menolak toksin keluar yang menyebabkan kepada wabak.
0 comments:
Post a Comment