29 March 2012

Bagi remaja perkara yang paling sukar untuk ditangani semasa di sekolah menengah ialah jerawat. Masalah ini sangat mengganggu dan menanganinya satu lagi masalah. Orang boleh buat lawak berkaitan dengan rupa anda. Bukan itu saja malah keyakinan diri juga akan menurun kerananya. Berita baik, anda tak perlu lagi risau bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul pada kulit muka anda. Terdapat banyak jenis rawatan diluar sana yang dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka anda. Sesetengahnya mungkin sesuai untuk anda manakala yang lainnya tidak. Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah mencuba satu-persatu untuk mengetahui mana yang berkesan dan sesuai dengan anda.

Ada banyak sebab kenapa seseorang itu berjerawat. Dan banyak juga terdapat mitos dan rumor mengenainya yang tidak benar. Sebagai contoh, jerawat disebabkan oleh genetik. Saintis telah mendapati jika ibubapa ada masalah jerawat yang teruk semasa mereka remaja, anak-anak mereka juga akan mengalami masalah yang sama. Walaupun ia tidak definitif, tetapi mereka telah melihat keputusannya. Kemudian orang fikir jerawat disebabkan oleh kotoran. Itu tidak benar. Bukan kotoran yang menghalang pori-pori anda tetapi minyak dan peluh. Semasa membasuh muka anda ianya hanya akan membersihkan minyak dipermukaan kulit saja tetapi tidak didalam pori-pori anda. Anda boleh basuh muka anda tetapi masih ada jerawat yang tumbuh.  Satu lagi sebab adalah kerana tahap hormon mereka. Ini adalah sebab utama mengapa ramai remaja mengalami masalah jerawat kerana mereka mengalami perubahan hormon. Ada terdapat ubat yang boleh membantu mengatasi masalah ini.
Diluar sana terdapat banyak ubatan yang dapat membantu anda. Pertamanya anda mungkin mahu mencuba bactericidal. Namanya macam agak komplikated tetapi ianya mudah untuk didapati dikedai farmasi. Ianya digunakan apabila anda mengalami masalah jerawat yang ringan hingga sederhana. Jika wajah anda dipenuhi jerawat, anda mungkin mahu mencuba rawatan yang satu ini. Apabila mencari krim untuk masalah ini, carilah krim yang ada benzoil peroksida dalam ramuannya. Dengan ini anda akan tahu yang ianya akan berkesan.
Jika cara diatas tidak berkesan anda mungkin boleh cuba antibiotik. Sesetengah jerawat disebabkan pertumbuhan bakteria didalam pori-pori yang menyebabkan jangkitan. Antibiotik boleh membantu anda mengatasi bakteria. Ianya boleh didapati dalam bentuk krim. Cara ini kurang kesan sampingannya berbanding jika anda menelan pil.
Untuk sesetengah remaja, terutamanya remaja perempuan masalah utama mereka ialah hormon. Dalam kes ini anda mungkin mahu mencari rawatan jerawat yang boleh menangani masalah ini. Anda boleh berjumpa doktor yang mana doktor akan mengesahkan yang anda ada masalah dengan keseimbangan hormon. Jika bukan itu masalahnya, doktor akan mencari cara yang lain.
Oleh kerana terdapat banyak cara merawat jerawat, peluang untuk anda menemui cara yang sesuai adalah terbuka luas. Anda boleh meningkatkan peluang untuk 'membuang' jerawat anda dengan menggabungkan beberapa cara yang efektif.

Tagged:

0 comments:

Post a Comment