30 November 2011

Jerawat ni betul nakal, takde seorang pun suka bila ada bonjolan kecil pada muka. Pada sesetengah orang jerawat bukanlah satu masalah besar, mereka punyai kulit muka yang licin dan diorang ni cuma akan dapat satu atau dua jerawat je, beberapa hari lepas tu hilanglah. Tetapi bagi sesetengah orang jerawat merupakan mimpi ngeri. Ini adalah prasyarat bagi jangkitan jerawat, muka akan ditumbuhi bintik hitam dan ia merampas keyakinan diri. Adussss.



Kita seringkali mencari maklumat bagaimana nak menyingkirkan jerawat ni. Bermula dengan petua orang tua-tua hinggalah menggunakan ubatan yang bukan murah harganya. Tak kiralah, jerawat kecil atau kronik kita tetap mendapat faedah dari maklumat baru atau yang sudah lama (petua). Terkadang cara nak hilangkan jerawat ni taklah sehingga memerlukan campurtangan ahli dermotologi. Jadi maklumat yang akan saya berikan ini sesuai untuk tahap sederhana dan ringan.


Peraturan pertama, jangan PICIT jerawat tu. Picit jerawat adalah perkara pertama yang akan kita lakukan bukan kerana nak hilangkannya tetapi lebih kepada geramkannya. Perlu diingat memicit jerawat yang belum matang akan menyebabkan terbentuknya scar atau parut dan ini boleh mengakibatkan jangkitan pada kulit yang terluka. 


Cara yang paling baik untuk menanganinya ialah pastikan jerawat itu benar-benar dah 'matang' (macam nak meletup). Gunakan jarum yang halus yang telah direndam dalam air panas. Pastikan tangan anda telah dicuci dengan sabun antibakteria atau bahan yang sewaktu dengannya. Cucuknya dan picit secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan bisul atau kotorannya. Gunakan kain yang bersih atau kain lap muka untuk membersihkan kotoran yang keluar. Jangan gunakan tangan anda untuk mengelapnya kerana tangan boleh memindahkan bakteria. Anda dinasihatkan supaya dengan segera membasuh muka anda untuk menghilangkan bakteria, kotoran atau kuman pada wajah anda yang mungkin akan menyebabkan jangkitan.   

Tagged: , , ,

0 comments:

Post a Comment