17 September 2011


Kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang jenis-jenis jerawat. Jadi kebanyakkan nama jerawat ini dalam bahasa omputih. Kalau ditukarkan ke dalam B.Malaysia buruk bunyinya, jadi saya kekalkan ia dalam bahasa asalnya.

Jerawat adalah radang kulit dapat dilihat bengkakkan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar sebum. Peningkatan aliran sebum akan menyebabkan tersumbatnya liang-liang kulit. Berapa jenis jerawat agaknya? Terdapat 6 jenis jerawat yang utama. Mari kita lihat jenis-jenisnya:


Jerawat vulgaris - ini mungkin jenis yang paling biasa dialami dan ia amat mudah dikenal pasti. Jerawat ini biasanya datang bersama whitehead, bintik hitam, papules, pustales yang disertai dengan nodul yang amat menyakitkan. Jenis ini biasanya dapat dirawat dengan krim atau rawatan semulajadi.

Jerawat Rosacea - bintik dari jenis ini kelihatan serupa denganjerawat vulgaris, Selain itu ia juga berbentuk seperti ruam pada pipi, hidung, dahi dan dagu. Biasanya jenis ini akan berakhir dengan lebam dan bintik hitam. Jenis jerawat ini biasanya dideritai oleh wanita dan mereka yang berusia 30 tahun keatas. Jerawat jenis ini adalah sedikit lebih ekstrem dari vulgaris dan ianya memerlukan rawatan yang lebih 'berkuasa'.

Jerawat Conglobata - jenis yang paling teruk dan biasanya dihidapi oleh lelaki. Ia dapat dikenali dengan kesan luka besar diseluruh muka. Terdapat juga bintik hitam yang terhasil dari jerawat ini. Jenis ini akan menyebabkan kerosakan yang serius pada kulit dan parut dari masa ke semasa. Produk yang mengandungi isotretinoin adalah yang paling berkesan untuk merawat jerawat jenis ini.

Jerawat Fulimans - Jenis ini biasanya dihidapi oleh lelaki yang berusia muda dan datang dengan tiba-tiba. Ia adalah berbeza kerana ia biasanya diikuti dengan demam dan sakit sendi, tetapi boleh dirawat dengan ubat steroid atau produk yang mengandungi isotretinoin.

Folliculitis gam-negatif - Jerawat jenis ini adalah yang amat jarang ditemui. Ia datang bersama postules dan sista. Ia adalah hasil komplikasi akibat rawatan jangka panjang antibiotik jerawat vulgaris. Seperti jerawat yang lain ia dapat dirawat dengan isotretinoin.

Pyoderma Faciale - Biasanya dihidapi oleh wanita yang berusia 20 dan 40 tahun. Jika diserang oleh jerawat ini akan merasa sakit dan juga kudis jerawat yang akan meninggalkan kesan parut. Datang secara tiba-tiba seperti jerawat fullimans tetapi terhad kepada muka dan biasanya akan hilang kurang dari setahun.
Saya dapat agak tentu anda tidak suka walau satupun antara jenis diatas hinggap dimuka anda. Jadi jagalah kebersihan dan diet anda. Jika anda ragu-ragu dapatkan nasihat pakar.

Tagged: , , , , ,

3 comments:

  1. Ika nak kongsi product penjagaan kulit..Jom lawat website ika di
    www.zurieka.com

    ReplyDelete
  2. Nice info...perkara yang paling ditakuti terutama wanita... :)

    ReplyDelete