30 April 2012

Kulit secara berterusan kehilangan kelembapan kepada keadaan sekeliling. Apabila kelembapan lebih cepat hilang daripada ia boleh digantikan, lapisan kulit luar akan kering. Kulit kering akan kelihatan tua, pucat. Ia rasa seperti mengelupas dan kasar. Anda akan merasa 'ketat' selepas mencuci muka. Ia mudah merengsa dan mungkin berasa gatal. Terdapat kecenderungan untuk terjadinya garis halus kering, terutama dikeliling mata. Kulit kering jarang dihinggapi jerawat.

Kulit kering biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Selepas mencuci muka dengan pencuci muka atau sabun pembersih muka dan air, kulit anda terasa 'ketat', seolah-olah ia terlalu kecil untuk muka anda.
  • Kulit anda berasa agak selesa selepas mencuci muka dengan pembersih krim.
  • Tompok berkelupas mula muncul pada waktu tengahari.
  • Anda hampir tidak mengalami masalah jerawat.
  • Kulit anda akan kepedihan selepas menggunakan toner muka.
  • Kulit anda akan berasa sangat selesa selepas menggunakan krim malam.
Terdapat beberapa sebab:
  • Penggunaan alat solek yang salah.
  • Mencuci muka dengan cara yang salah.
  • Keadaan kelenjar tiroid anda.
  • Penuaan kulit.
  • Keadaan genetik.
Mengetahui cara penjagaan kulit yang betul bagi kulit kering adalah satu langkah penting dalam memperbaiki keadaan kulit.

24 April 2012

Hampir 85% antara kita pernah mempunyai pengalaman mengenai jerawat sepanjang hidup ini. Jika anda telah mencuba segalanya yang telah disarankan oleh doktor tetapi tiada yang berjaya - mengapa tidak mencuba beberapa cara rawatan yang boleh dilakukan dirumah. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh praktikkan: