21 August 2012


Kebanyakan remaja tidak boleh melepasi peringkat ini tanpa jerawat, namun satu kajian baru telah menunjukkan bahawa perempuan gemuk pada usia remaja mereka berisiko dua kali ganda daripada rakan-rakan yang normal berat badan mereka untuk mengalami jerawat pada tahun-tahun 'bergelora'.

Satu kaji selidik baru-baru ini, remaja Norway telah melihat hubungan antara obesiti dan jerawat. Dalam kajian itu, penyelidik mengambil kira faktor-faktor lain seperti pemakanan, merokok dan tekanan mental. Keputusannya menunjukkan bahawa gadis gemuk lebih berisiko mengidap jerawat.

Dr Jon Halvorsen, seorang penyelidik di Hospital Universiti Oslo berkata, "Mungkin perubahan dalam tahap insulin dan hormon lain akan berubah di kalangan remaja gemuk, dan ini boleh meningkatkan pembentukan jerawat."

Tagged:

0 comments:

Post a Comment